Awal bicaraku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, salam ukhuwah, salam mahabbah untuk semua.

Sebenarnya muqaddimah penulisan untuk blog ini lama sudah saya karang. Dari tahun lepas lagi. Hanya menunggu detik bersejarah (lahirnya blogku) untuk dimuntahkan isinya.

Tahun lepas saya fikir angan untuk miliki blog sendiri akan jadi kenyataan bila ada pihak yang sudi tawarkan khidmatnya. Saya apalagi. Tersengih memanjang la. Maklumlah, teruja. Tapi gembira dalam sengih itu sedikit mengganggu tumpuan saya terhadap kitab-kitab kuliah. (fatrah imtihan waktu tu). Ada sahaja idea yang bertandang bila kitab tersua tangan. Hinggakan terpaksa kertas kajang saya tempatkan di sisi (selain air penghilang dahaga? Ngantuk?) untuk mencoret apa yang terlintas di fikiran. Sedayanya teruja itu saya kekang. Kerana masih ada beberapa madah yang belum ditumpahkan bacaan, fahaman dan hafalan di waraqah ijabah.

Tunggu punya tunggu, gembira saya terhakis sedikit demi sedikit bila yang sudi memberi khidmat sibuk dan semakin sibuk dengan pelbagai tugasan. Pelajar – bloggers – da’ie – hafiz - Dj. Tapi saya tak ralat sebab sibuknya sibuk untuk ummah. Untuk Islam. Akhirnya secara qot’ie saya putuskan harap. “ Malah nok fikir doh. Biarlah dulu”. Jawab saya pada ahli bait yang bertanya. Katanya, buat sendiri je. Bukannya susah pun. Cakapnya saya dengar tapi malas nak realitikan. Teruja dah berterbangan. Lagi pun bukannya saya pandai bab-bab blog ni. Seperti kebanyakan orang yang baru berjinak-jinak dengan blog, saya fikir tak mudah. Padahal senang je!

Kertas yang termuat entri itu masih kemas walaupun acap dikelek ke Kaherah bila balik ke sana. Kemudian bawa ke kampung kembali. Begitulah saya. Tapi baru-baru ini sengaja saya tinggalkan. Tak sangka akan miliki blog pada waktu tu. Lalu ‘terbiarlah’ ruangan yang patut terisi dengan baris kata dalam tempoh yang lama (bagi saya).

Saya pulang kembali ke kampung. Ambil beberapa dokumen untuk urusan zakat. Juga beberapa helai ‘bicara’ saya di atas kertas kajang. Kemudian kembali semula ke Kaherah. Bosan melayan mata yang sekejap layu sekejap bugar dalam bas, tiba-tiba saya teringat sesuatu. Automatik mata membulat. Oh Tuhan, kertas ‘penting’ yang yang kusimpan kemas tertinggal rupanya. Aduh, Jawwad! Apa nak jadi dengan hang ni?...

Februari 09. “Ada blog tak”? Bertanya seorang teman. “ tak percayalah”. Tingkahnya bila saya jawab tiada. “Senang je kalau nak buat. Cuma dari segi penulisan je lah”. Teman tadi seakan menyuntik semangat bila saya kata kurang pandai. Dan dia dengan senang hati ingin membantu. Berselang masa yang tak lama selepas bertanya warna background kegemaran beserta nama pena, siaplah blog untuk saya. Laaa… mati-mati ingatkan payah. (awalnya saya tak fikir dia serius dalam kesanggupan membantu).

Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat yang telah lama menjadi pekasam. Untuk itu di ruangan ini, syukran jaziilan untuk teman tersebut. Semoga penulisan anda lebih mantap dan terkesan dalam diri serta ummah. Oh ya, syukran juga atas sumbangan entri sulung untuk blog ini.


0 comments:

Post a Comment